KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Polis menafikan dakwaan yang kononnya terdapat ancaman letupan di sebuah stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima makluman berhubung satu kejadian letupan membabitkan kereta jenis Proton Saga di lokasi berkenaan.
“Untuk makluman hasil pemeriksaan kejadian letupan berlaku disebabkan bateri kereta meletup. Laporan pemeriksaan polis telah dibuat bersabit Aeropolis/1107/25,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial, mendakwa berlaku letupan dan tangkapan dibuat oleh sekumpulan pihak polis.
-- BERNAMA