DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

18/04/2025 08:27 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak April 2025 dan Mei 2025 meningkat 13.5 mata masing-masing kepada 1,497.0 dan 1,494.5, Jun 2025 naik 12.5 mata kepada 1,489.5;dan September 2025 menokok 15.0 mata kepada 1,475.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3,707 lot daripada 10,411 lot pada Khamis dan kepentingan terbuka susut kepada 43,793 kontrak daripada 50,723 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 16.13 mata kepada 1,499.40 daripada 1,483.27 pada Khamis.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan