KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- WCE Holdings Bhd, anak syarikat 80 peratus milik West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) telah menerima kelulusan kerajaan Malaysia untuk menerima kemudahan pinjaman berjangka sehingga RM1.15 bilion daripada Bank Pembangunan Malaysia Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, WCE Holdings berkata kemudahan pembiayaan itu sebahagiannya akan digunakan untuk membiayai kos dan perbelanjaan membabitkan pembinaan dan pembangunan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, selain yuran dan perbelanjaan lain yang berkaitan.
Syarikat itu berkata kemudahan pembiayaan akan menyediakan dana yang diperlukan bagi memastikan pembinaan lebuhraya itu siap sepenuhnya.
-- BERNAMA