AM

UMT-MACEE KUKUH KERJASAMA AKADEMIK, PENYELIDIKAN ANTARABANGSA

30/04/2025 07:30 PM

KUALA NERUS, 30 April (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysian-American Comission on Educational (MACEE) bagi mengukuhkan lagi kerjasama akademik dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.

Naib Canselornya Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen berterusan UMT dalam mengangkat kecemerlangan bidang sains marin, kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan ke peringkat global.

Beliau berkata melalui MoU tersebut UMT akan memperluaskan ruang kerjasama dalam aspek pertukaran pelajar, penyelidikan bersama dan pembangunan akademik yang turut memberi impak kepada komuniti global. 

"Sebelas pelajar UMT telah memohon untuk menyertai Program Pertukaran Prasiswazah Global (UGRAD) anjuran MACEE, sekali gus mencerminkan minat serta kesediaan pelajar untuk meneroka peluang pembelajaran peringkat antarabangsa.

"Hubungan ini juga menunjukkan hasil positif apabila seorang pelajar dari Amerika Syarikat telah menyertai program ‘Fullbright’ yang berbentuk geran tahunan diberi kepada pelajar Malaysia atau Amerika untuk pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran di UMT," katanya dalam kenyataan hari ini.            

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan