KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Malaysia meningkatkan kedudukan dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 dengan melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88, menurut penilaian terkini Reporters Without Borders (RSF).
Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, menandakan pemulihan berbanding 2024 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-107 dengan skor 52.07.
Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.
Brunei pula berada di tempat ke-97, diikuti Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169), dan Vietnam (ke-173).
Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan pada indikator utama termasuk persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.
Berita lanjut menyusul.
-- BERNAMA