AM

MANGSA BANJIR DI SOOK, SABAH MENINGKAT KEPADA 392 ORANG

03/05/2025 08:43 AM

KOTA KINABALU, 3 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sook meningkat kepada 392 orang daripada 126 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 272 orang daripada 87 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka iaitu Dewan Kampung Ansip Tengah menempatkan 117 orang daripada 39 keluarga.

Sementara itu, sejumlah 206 orang  daripada 64 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 manakala 69 mangsa daripada 23 keluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

"Sebanyak empat kampung terjejas akibat banjir di Sook," menurut kenyataan itu. 

Daerah Sook terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 147 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan