AM

HATI-HATI PAUTAN PALSU MESEJ BERKAITAN BANTUAN SARA - MOF

06/05/2025 08:53 PM

PUTRAJAYA, 6 Mei (Bernama) -- Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan mesej berkaitan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan pautan yang terkandung dalam mesej bertajuk 'Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 RM200' itu adalah palsu.

"Berhati-hati dan jangan mudah terperdaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial.

"Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul," menurut MoF melalui hantaran di laman media sosial. 

Sejak Januari hingga Mac tahun ini, bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Bermula 1 April lepas, kadar bantuan ditingkatkan kepada RM200 sebulan untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 1,600 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan