POLITIK

PRN SABAH: BN, PH SEPAKAT KERJASAMA

09/05/2025 01:54 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencapai kesepakatan itu dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi, semalam.

“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama antara kepimpinan PH dengan BN Negeri Sabah. 

“Segala keputusan akan dimuktamadkan kepimpinan tertinggi PH dan BN pada peringkat kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan