DUNIA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

22/05/2025 09:23 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,800 setan metrik dan paras rintangan pada RM3,900,” kata Ng  kepada Bernama.

Pada penutup dagangan kontrak bulan semerta baharu Jun 2025 turun sebanyak RM69 kepada RM3,822 setan metrik, Julai 2025 susut RM71 kepada RM3,833 setan metrik dan Ogos 2025 berkurangan RM74 kepada RM3,820 setan metrik.

Kontrak September 2025 berkurangan  RM73 kepada RM3,809 setan metrik, Oktober 2025 turun RM75 kepada RM3,803 setan metrik dan November 2025 susut RM71 kepada RM3,809 setan metrik.

Jumlah dagangan merosot kepada 66,842 lot daripada 79,236 sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusur kepada 247,462 kontrak daripada 243,689.

Harga MSM fizikal bagi Selatan Jun menyusut sebanyak RM30 kepada RM3,890 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan