AM

BEKAS KETUA PENGARANG KUMPULAN NSTP HISHAMUDDIN AUN MENINGGAL DUNIA

01/10/2025 10:58 PM

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) --  Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Datuk Hishamuddin Aun, meninggal dunia akibat radang paru-paru (pneumonia) di Hospital Sultan Idris, Serdang, kira-kira 7.45 malam.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya Nur Camilia, ketika dihubungi Bernama.

“Ayah saya telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak lebih sebulan lepas,” katanya.

Beliau berkata jenazah masih berada di hospital dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Kajang esok.

Hishamuddin meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

Kesihatan Hishamuddin dilaporkan semakin merosot sejak dua minggu lepas kerana jangkitan influenza dan dimasukkan ICU Hospital Sultan Idris.

Allahyarham dilantik sebagai Pengarang Kumpulan Berita Harian selama tiga tahun bermula 2003 hingga 2006.

Hishamuddin yang berpengalaman dalam dunia kewartawanan sukan, pernah menabur bakti di Astro Arena selama hampir sedekad.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan