AM

BUKU "RETHINKING OURSELVES: JUSTICE, REFORM, AND IGNORANCE IN POSTNORMAL TIMES" AKAN DILANCAR - PM ANWAR

10/10/2025 01:15 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Buku terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “Rethinking Ourselves: Justice, Reform, and Ignorance in Postnormal Times” akan dilancarkan secara rasmi.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

“Semoga karya ini menjadi inspirasi untuk kita merenung secara mendalam tentang dunia yang kita diami, serta perubahan bermakna yang perlu kita zahirkan demi membina masa depan yang lebih adil, manusiawi dan beretika,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meluangkan masa menandatangani buku terbaharu tersebut.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan