AM

PM ANWAR MAHU PEMBINAAN KOTA MADANI DISEGERAKAN

17/10/2025 10:26 PM

PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerja-kerja pembinaan Kota MADANI disegerakan bagi menjadikan projek itu sebagai model pembangunan bandar yang berteraskan nilai kemanusiaan, kelestarian dan kemajuan teknologi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengusulkan kepada Putrajaya Holdings (PjH) untuk menyegerakan projek berkenaan yang telah dilancarkan pada 26 Jun lepas.

“Saya usulkan lebih setahun tentang pembinaan Kota MADANI. Saya ucap terima kasih kerana Perbadanan Putrajaya (PPj) memberikan kerjasama penuh untuk mempercepat proses kelulusan itu.

“Mudah-mudahan kita dapat lihat dalam masa singkat … yang saya tidak boleh tolak ansur ialah kalau (pembinaan) lambat, jadi kita (mahu pembinaan yang) cepat.

“Sejak PPj dan semua jentera kerajaan memberikan kerjasama penuh, kini tunggu Putrajaya Holdings untuk beri full speed ahead,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PjH ke-30 di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi PjH Datuk Kamil Khalid Ariff.

Projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini, merupakan satu inisiatif mega berkonsepkan bandar pintar yang mesra rakyat dan alam sekitar.

Projek bernilai RM4 bilion itu dibangunkan oleh PjH menerusi model kerjasama awam-swasta berkonsepkan bina, pajak, selenggara dan pindah (BMLT), tanpa melibatkan peruntukan kerajaan pada peringkat awal.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata Putrajaya yang dikenali sebagai pusat pentadbiran kerajaan mendapat pujian daripada pemimpin luar meliputi aspek keindahan dan identitinya.

“Daripada rumah rasmi (Perdana Menteri), kita dapat saksikan pandangan sebahagian yang indah dari Putrajaya dan sangat mengagumkan.

“Mereka (pemimpin negara luar) kagum dengan perancangan dan pelaksanaannya (termasuk) dengan keindahannya (kerana) ada identiti,” kata beliau.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membantu menggerakkan pelaksanaan projek Putrajaya sebelum ini.

 “(Ada keresahan) dalam kalangan penjawat awam pada peringkat awal kerana rasa tidak selesa untuk pindah dari Kuala Lumpur (ke Putrajaya).

“Tetapi, apabila mereka saksikan kemudahan dan dengan masjidnya, kemudahan sekolah, prasarana, hospital dan sebagainya, hal itu (membuatkan mereka) lebih tertarik untuk berpindah,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata penglibatan sektor swasta dalam usaha pembinaan sebuah hospital swasta di Putrajaya akan menaikkan lagi nama pusat pentadbiran kerajaan itu ke persada antarabangsa.

“(Kewujudan hospital swasta) pertama jadi tarikan dari segi kemudahan kesihatan. Kedua, saingan pada peringkat rantau ini sebagai suatu kemudahan perubatan yang menarik dan menunjukkan prestasi yang membanggakan dan cemerlang,” kata beliau. 

Anwar turut menegaskan pembangunan bandar seharusnya menerapkan nilai manusiawi, lestari, hijau dan berkonsepkan bandar pintar.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan