AM

SULTAN PAHANG, TENGKU AMPUAN ZAHIR UCAPAN SELAMAT DEEPAVALI

19/10/2025 10:28 PM

KUANTAN, 19 Okt (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat beragama Hindu di Pahang dan seluruh negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini, baginda berdua turut berharap agar perayaan itu diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kasih sayang dan keharmonian bersama keluarga serta masyarakat setempat.

“Semoga sambutan perayaan ini terus membawa kedamaian, kesejahteraan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Pahang Darul Makmur khususnya dan di Malaysia amnya.

“Selamat Hari Deepavali,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan