DUNIA

SINNER BERTEMU ZVEREV DALAM PERLAWANAN AKHIR TERBUKA VIENNA

26/10/2025 02:15 PM

HANOVER, Jerman, 26 Okt (Bernama-dpa) -- Jannik Sinner akan berentap dengan pemain Jerman Alexander Zverev dalam perlawanan akhir Terbuka Vienna.

Pemain ranking kedua dunia itu mara ke final selepas menewaskan pemain Australia, Alex de Minaur, 6-3, 6-4 pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pemain Itali itu menjadi pemain pertama yang mara ke lapan perlawanan akhir beberapa musim berturut-turut sejak Novak Djokovic pada 2015–2016, dan kini memburu trofi keempat musim ini.

“Saya datang agak lewat ke kejohanan ini, cuba manfaatkan setiap hari sebaik mungkin dan saya gembira berada di final. Ia bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini, jadi saya sangat gembira,” kata Sinner.

Sementara itu, Zverev mara ke final selepas menewaskan Lorenzo Musetti 6-4, 7-5.

Pemain Jerman itu setakat ini berjaya menjulang trofi di Terbuka Munich pada April lalu.

-- BERNAMA-dpa

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan