AM

JUMLAH MANGSA BANJIR DI KEDAH MENURUN PAGI INI

30/10/2025 08:56 AM

ALOR SETAR, 30 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 698 orang daripada 198 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding 720 orang daripada 202 keluarga, malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa dari daerah Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

“Daerah Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 562 orang yang ditempatkan di tiga PPS,” menurut kenyataan JPBN.

Di Kota Setar, 128 orang berlindung di sebuah PPS, manakala lapan orang ditempatkan di sebuah PPS di Pokok Sena.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 130 mangsa daripada 36 keluarga yang berlindung di PPS  Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan