KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-69, hari ini.
“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya,” kata Anwar dalam cacatan di Facebook hari ini.
Perdana Menteri turut mendoakan semoga baginda kekal tenteram dalam memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama.
-- BERNAMA
