AM

FAHMI ADAKAN LAWATAN KERJA DUA HARI KE SABAH

08/11/2025 09:38 AM

KOTA KINABALU, 8 Nov (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dijadual mengadakan lawatan kerja dua hari ke Sabah, bermula hari ini.

Pada hari ini Fahmi dijadual menghadiri Hari Bersama Komuniti dan Temu Anak Muda di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kopimpinan, Jalan Kopimpinan Dabak, Putatan pada 12.15 tengah hari.

Esok beliau akan menghadiri sesi Walkabout dan Sarapan Pagi Bersama Komuniti Masyarakat Setempat di Pasar Pagi Gaya Street, Jalan Gaya di sini pada 9 pagi.

Fahmi kemudian akan hadir Program Rancakkan MADANI Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini pada 10 pagi, sebelum menghadiri Pengumuman Calon PKR untuk Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 7 malam.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan