KOTA BHARU, 11 Nov (Bernama) -- Aplikasi WhatsApp milik Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan disahkan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab hari ini.
Pejabat Timbalan Menteri Besar menerusi kenyataan memaklumkan aplikasi milik Mohamed Fadzli itu kini sedang dalam proses pemulihan oleh pihak WhatsApp.
“Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mempercayai sebarang mesej atau permintaan mencurigakan yang dihantar melalui nombor berkenaan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
