DUNIA

MESYUARAT "PENYELESAIAN CHINA BAGI HADAPI PERUBAHAN IKLIM" BERLANGSUNG SEMPENA COP30 DI BRAZIL

17/11/2025 06:05 PM

BELEM, 17 Nov (Bernama-CMG) -- Perubahan iklim merupakan cabaran serius yang dihadapi umat manusia.  

China sentiasa melaksanakan langkah pengurangan dan penyesuaian secara seimbang dalam bidang dalam usaha menangani isu perubahan iklim, misalnya memperincikan pelaksanaan projek rintis di 39 bandar berhubung perubahan iklim.

China bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menghadapi cabaran perubahan iklim dan meningkatkan keupayaan menyesuaikan diri susulan impak berkenaan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Delegasi China yang juga Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Li Gao dalam Mesyuarat "Penyelesaian China bagi Hadapi Perubahan Iklim" yang berlangsung sempena Persidangan Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP30) ke-30 yang berlangsung di sini pada Jumaat minggu lalu.  

Sementara itu, Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim, Liu Zhenmin berkata bahawa China akan terus mengeratkan kerjasama dengan pelbagai negara untuk menyesuaikan diri dalam perubahan iklim, dan meningkatkan perkongsian dalam kerjasama Selatan-Selatan bagi membentuk dunia yang bersih, indah dan inklusif melalui pembinaan platform kerjasama amaran awal dua hala di rantau-rantau terbabit.  

Naib Pengarah Jabatan Meteorologi China, Xiong Shaoyuan pula berkata, China konsisten dalam melaksanakan "Rancangan Tindakan China bagi Amaran Awal untuk Penyesuaian dengan Perubahan Iklim (2025-2027)", menyediakan perkhidmatan di peringkat global melalui satelit meteorologi Fengyun dan berkongsi pengalaman serta kejayaan dalam usaha pengurangan dan pencegahan bencana.  

"China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dan interaksi dengan pelbagai pihak dalam penyampaian amaran awal secara teknikal yang dipercayai boleh membantu negara-negara membangun memperkasa kemampuan dalam bidang itu," kata beliau.

Turut hadir, lebih 150 orang tetamu dari dalam dan luar negara China. Mereka berkongsi konsep terkini dan kes praktikal kendalian China berhubung pengalaman penyesuaian dengan perubahan iklim dalam bidang-bidang yang kritikal.

-- BERNAMA-CMG 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan