KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Ritcher melanda kawasan Utara Halmahera, Indonesia pada 12.19 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia( MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 94 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 105km utara dari Ternate, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu, MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan satu lagi kejadian turut dikesan berlaku di Seram, Indonesia, pada 2.59 petang tadi, berpusat di koordinat 3.6 darjah selatan dan 128.4 darjah Timur dengan kedalaman 106 kilometer.
Menurut laporan itu, pusat gempa terletak kira-kira 22 kilometer timur laut dari Ambon, Indonesia.
Bagaimnanpun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
-- BERNAMA
