POLITIK

JPN BUKA BILIK GERAKAN SEMPENA PRN SABAH

24/11/2025 11:16 PM

KOTA KINABALU, 24 Nov (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membuka bilik gerakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai persediaan memastikan kelancaran urusan berkaitan sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung. 

Menurut kenyataan JPN, pembukaan bilik gerakan itu bertujuan memastikan sebarang pertanyaan, aduan atau keperluan lain berkaitan pihaknya dapat ditangani dengan segera dan berkesan.

“Bilik Gerakan PRN Sabah akan beroperasi selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Nov, bermula 7 pagi hingga 6 petang, dan boleh dihubungi di talian 088-488321.

“Orang ramai digalakkan menggunakan saluran rasmi Bilik Gerakan PRN Sabah bagi mendapatkan maklumat sahih sepanjang tempoh operasi,” menurut kenyataan JPN.

Tarikh mengundi bagi PRN Sabah Ke-17 ditetapkan pada 29 Nov ini, manakala pengundian awal berlangsung esok.

Untuk berita-berita terkini PRN Sabah, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.

-- BERNAMA


 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan