AM

BANJIR: PEJABAT MCMC PERLIS DITUTUP SUSULAN PARAS AIR NAIK

25/11/2025 06:41 PM

KANGAR, 25 Nov (Bernama) -- Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Perlis ditutup susulan paras air yang semakin meningkat.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang ramai yang ingin berurusan dengan Pejabat MCMC Perlis boleh menghubungi talian 04-9708000 atau e-mel kepada prso@mcmc.gov.my. 

"Mereka juga boleh menghubungi Aduan MCMC menerusi e-mel:aduanskmm@mcmc.gov.my ataupun portal https://aduan.mcmc.gov.my/ sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dikemukakan," kata MCMC.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan