AM

BANJIR: BEBERAPA KLINIK KESIHATAN, KLINIK DESA DI PERLIS DITUTUP SEMENTARA

25/11/2025 08:51 PM

KANGAR, 25 Nov (Bernama) -- Beberapa klinik kesihatan dan klinik desa di Perlis ditutup sementara kerana terjejas banjir.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan klinik kesihatan itu ialah Klinik Kesihatan (KK) Kampung Gial, KK Arau dan KK Kangar.

Klinik desa terjejas pula ialah Klinik Desa (KD) Titi Tinggi, KD Titi Tok Bandar, KD Felda Mata Ayer, KD Padang Melangit, KD Abi dan KD Bintong.

Hantaran itu memaklumkan lokasi perpindahan perkhidmatan bagi KK Kampung Gial dan KK Arau ialah KK Beseri dan KK Pauh manakala KK Kangar ke KK Pusat Transformasi Bandar (UTC), KK Kuala Perlis dan KK Beseri.

Lokasi perpindahan perkhidmatan KD Titi Tinggi dan KD Felda Mata Ayer ke KK Padang Besar, KD Titi Tok Bandar (KD Behor Lateh), KD Padang Melangit (KK Beseri) serta KD Abi dan KD Bintong (KK UTC).

Orang awam boleh menghubungi Bilik Gerakan Banjir Pejabat Kesihatan Daerah Kangar menerusi talian 04-976 1388 sambungan 142 jika memerlukan maklumat lanjut.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan