AM

BANJIR DI PAHANG PULIH, DUA NEGERI MASIH TERJEJAS

07/12/2025 05:58 PM

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa bencana itu di Perak menurun setakat 4 petang tadi.

Di PAHANG, situasi banjir pulih sepenuhnya apabila 31 orang daripada 12 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Raub dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. 

Berdasarkan bacaan paras air di Stesen Jabatan Pengairan dan Saliran, semua sungai utama negeri itu mencatatkan bawah paras bahaya.

Di PERAK, jumlah mangsa terus menurun kepada 934 orang melibatkan 262 keluarga berbanding 995 orang pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan daerah Hilir Perak masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 398 orang, diikuti Bagan Datuk (335) dan Manjung (201).

Di SELANGOR, jumlah mangsa kekal 40 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di satu PPS di daerah Kuala Selangor.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan