SUKAN

KEMARAU 34 TAHUN BERAKHIR, MALAYSIA PATAH DOMINASI THAILAND DALAM REGU BERPASUKAN

14/12/2025 06:42 PM

CHONBURI, 14 Dis (Bernama) -- Kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir apabila skuad negara menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom, di sini hari ini.

Kejayaan bersejarah itu menamatkan penantian panjang sejak kali terakhir Malaysia menjulang gelaran acara berkenaan pada Sukan SEA 1991 di Manila, sekali gus memadam dominasi Thailand yang menjadi penghalang utama negara sepanjang lebih tiga dekad lalu.

Dalam aksi mendebarkan itu, anak buah Ahmad Jais Baharun terlebih dahulu dikejutkan apabila regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Amirul Zazwan Amir, tewas kepada trio Thailand, Pornthep Tinbangbon, Varayut Jantarasena dan Marukin Phanmakon, dengan keputusan 9-15, 15-11, 13-15.

Bagaimanapun, regu kedua negara yang dianggotai Mohammad Syahir Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam bangkit menyuntik semangat kebangkitan Malaysia apabila menewaskan Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan 17-14, 15-13, sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Momentum itu diteruskan dalam set penentuan apabila regu ketiga, Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi, tampil tenang memastikan kemenangan milik negara selepas menewaskan Kritnasanapong Nontakote, Varayut Jantarasena dan Wuttinun Kamsanor, 15-13, 15-11.

Kemasukan Zarif Marican Ibrahim pada penghujung perlawanan turut memberi impak penting sebelum Malaysia mengesahkan pingat emas, sekali gus menjulang kejuaraan yang dinanti selama 34 tahun.

Kemarau kejuaraan regu berpasukan lelaki sepak takraw Malaysia selama 34 tahun akhirnya berakhir skuad negara menundukkan musuh tradisi, Thailand 2-1 pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Gimnasium Nakhon Pathom, di sini hari ini.

Kejayaan bersejarah itu menamatkan penantian panjang sejak kali terakhir Malaysia menjulang gelaran acara berkenaan pada Sukan SEA 1991 di Manila, sekali gus memadam dominasi Thailand yang menjadi penghalang utama negara sepanjang lebih tiga dekad lalu.

Dalam aksi mendebarkan itu, anak buah Ahmad Jais Baharun terlebih dahulu dikejutkan apabila regu pertama negara, Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Amirul Zazwan Amir tewas kepada trio Thailand, Pornthep Tinbangbon, Varayut Jantarasena dan Marukin Phanmakon dengan keputusan 9-15, 15-11, 13-15.

Bagaimanapun, regu kedua negara yang dianggotai Mohammad Syahir Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Farhan Adam bangkit menyuntik semangat kebangkitan Malaysia apabila menewaskan Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan, 17-14,15-13  sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Momentum itu diteruskan dalam set penentuan apabila regu ketiga, Muhammad Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi tampil tenang memastikan kemenangan milik negara dengan keputusan 15-13, 15-11.

Kemasukan Zarif Marican Ibrahim pada penghujung perlawanan turut memberi impak penting sebelum Malaysia mengesahkan kemenangan, sekali gus menjulang kejuaraan yang dinanti selama 34 tahun.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan nyata gembira dengan persembahan anak buahnya selepas berjaya memecahkan dominasi seteru utama, apatah lagi kejayaan itu dicapai di negara lawan.

“Hari ini tercipta lagi satu sejarah sepak takraw negara selepas 34 tahun kita menunggu untuk muncul juara acara berpasukan. Kemenangan ini lebih manis kerana ia berlaku di bumi Thailand dan kita berjaya menewaskan mereka.

“Ia adalah satu kejayaan dramatik. Semua menangis hari ini – penyokong, pemain, malah saya sendiri turut menitiskan air mata,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Dalam masa sama, Mohd Sumali berkata beliau sempat menitipkan pesanan kepada barisan pemain supaya menamatkan badi ke atas Thailand selepas beberapa kali gagal dalam beberapa percubaan sebelum ini.

“Saya bertemu semua pemain sebelum perlawanan dan menyatakan bahawa kita sudah menamatkan semua badi Thailand dalam acara regu, kuadran dan double. Ini peluang yang entah kali ke berapa.

“Saya minta mereka ‘reset’ dalam kepala, bermain seolah-olah tiada kekalahan sebelum ini. Kita hanya mahu menang dengan pemain menunjukkan semangat juang tinggi, kesungguhan dan prestasi maksimum,” katanya.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan