DUNIA

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH, JEJAKI PRESTASI HAMBAR PASARAN SERANTAU

17/12/2025 10:47 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street.

Bagaimanapun, sentimen domestik yang kukuh mungkin memberi sokongan kemudian dalam sesi dagangan ini.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.35 mata atau 0.14 peratus kepada 1,645.96 daripada 1,648.31 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 2.99 mata lebih rendah kepada 1,645.32.

Lingkungan pasaran adalah positif, dengan 183 kaunter untung mengatasi 165 kaunter rugi manakala 314 kaunter tidak berubah, 2,114 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan 146.73 juta saham bernilai RM77.77 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Indeks Hang Seng (HSI) Hong Kong meneruskan aliran rendah susulan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan, dengan HSI susut 1.54 peratus.

Beliau berkata Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman apabila pelabur terus meneliti data guna tenaga terkini Amerika Syarikat, yang menunjukkan pertumbuhan pekerjaan yang stabil tetapi masih menimbulkan ketidaktentuan mengenai pergerakan kadar faedah pada masa depan.

“Bagi pasaran tempatan, kami berpendapat penembusan kukuh melepasi paras 1,650, disokong oleh jumlah dagangan yang tinggi, akan mengukuhkan kecenderungan meningkat dan membuka laluan untuk mencapai paras 1,670.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,630 hingga 1,645,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM10.36, Public Bank susut satu sen kepada RM4.46, CIMB dan IHH Healthcare masing-masing turun lima sen kepada RM7.93 dan RM8.67, manakala Tenaga Nasional meningkat enam sen kepada RM13.20.

Antara saham paling aktif, TWL dan Velesto masing-masing kekal pada 2.5 sen dan 27.5 sen. VS Industry dan Top Glove masing-masing naik 1.5 sen kepada 50 sen dan 65 sen, manakala Tanco meningkat satu sen kepada RM1.16.

Antara saham paling untung ialah Petronas Gas yang meningkat 12 sen kepada RM17.88, UWC naik 10 sen kepada RM4.07, PPB menambah lapan sen kepada RM10.20, manakala MI Technovation dan Itmax System masing-masing menokok tujuh sen kepada RM4.69 dan RM13.20.

Kalangan saham paling rugi ialah Nestle yang merosot RM1.10 kepada RM111.90, Pentamaster susut sembilan sen kepada RM3.71, AirAsia X dan RHB Bank masing-masing turun tujuh sen kepada RM1.69 dan RM7.58, manakala Time Dotcom kurang enam sen kepada RM5.49.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 7.17 mata kepada 12,092.03, Indeks FBMT 100 turun 8.95 mata kepada 11,891.88 dan Indeks FBM ACE menguncup 8.46 mata kepada 4,728.96, manakala Indeks FBM Emas Syariah meningkat 2.67 mata kepada 11,913.17 dan Indeks FBM 70 naik 23.20 mata kepada 16,641.80.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 0.03 mata kepada 760.09, Indeks Perladangan menokok 0.45 mata kepada 8,180.48, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 43.90 mata kepada 19,272.17 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.35 mata kepada 169.14.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan