JOHOR BAHRU, 28 Dis (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) hari ini menerima sumbangan berjumlah RM1 juta daripada Kumpulan Syarikat Malik Streams, bagi pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan yayasan berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap pengasas kumpulan syarikat tersebut iaitu Datuk Abdul Malik Dasthigeer, dan menerima sendiri sumbangan tersebut di Kuala Lumpur.
Syarikat itu turut menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Sultanah Rogayah, sebuah yayasan naungan Keluarga Diraja Johor yang menumpukan kepada bantuan untuk masyarakat India.
-- BERNAMA
