AM

2026 TUNTUT KEMENTERIAN KOMUNIKASI LEBIH TANGKAS, BERDAYA TAHAN DEPANI PERUBAHAN - KSU

31/12/2025 03:51 PM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Tahun 2026 menuntut Kementerian Komunikasi bukan sahaja perlu bersedia malah lebih tangkas, berdaya tahan dan berpandangan jauh dalam mendepani risiko serta perubahan yang tidak menentu.

Ketua Setiausahanya Datuk Abdul Halim Hamzah juga berharap 2026 akan membawa sinar, kekuatan baharu dan kejayaan yang lebih bermakna untuk organisasi, negara dan rakyat keseluruhan.

“Selamat menyambut Tahun Baharu 2026. Semoga langkah kita di Kementerian Komunikasi sentiasa dipandu kebijaksanaan dan keberanian,” katanya menerusi rakaman video perutusan Tahun Baharu 2026 di Facebook kementerian itu hari ini.

Menyingkap 2025, beliau berkata ia merupakan tahun yang menguji keupayaan kerajaan untuk beradaptasi dalam landskap yang semakin kompleks.

Abdul Halim berkata ia meliputi aspek komunikasi, teknologi, ekonomi, sosial, keselamatan dan insaniah.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan