KUANTAN, 1 Jan (Bernama) -- Istana Pahang hari ini mengisytiharkan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan gelaran Tengku Puan Bendahara kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya menerusi pengisytiharan memaklumkan gelaran berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2026.
Tengku Natasya Puteri merupakan isteri kepada Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan pasangan diraja itu telah diijabkabulkan pada 24 Okt 2024.
-- BERNAMA
