JENAYAH & MAHKAMAH

POLIS BURU INDIVIDU CUBA CURI KABEL

02/01/2026 09:23 PM

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kes cubaan mencuri kabel di Sungai Lalang, Semenyih dekat sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 2.08 petang tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 9.30 pagi tadi dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menangkap suspek yang menggunakan pacuan empat roda dan motosikal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda," katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan A. Vaelmurgan di talian 019-6111660.

-- BERNAMA


 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan