| BERITA TERGEMPAR | Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | |
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 pada 11.30 pagi ini.
“Insya-Allah di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi ini, saya akan menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 yang menggariskan hala tuju, inisiatif dan beberapa pengumuman penting untuk digerakkan sepanjang tahun ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di semua saluran stesen televisyen tempatan dan laman Facebook Perdana Menteri.
-- BERNAMA
