AM

PM ANWAR DAN ISTERI DOA KESEMBUHAN SEGERA BUAT TUN MAHATHIR

06/01/2026 03:16 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan keafiatan serta kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN di sini pada 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. 

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff mengesahkan perkara itu menerusi makluman di saluran kumpulan media rasmi Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp hari ini.

Beliau berkata pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN oleh ambulans dan dilaporkan dalam keadaan sedar.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan