| BERITA TERGEMPAR | The Malaysia Economic Forum 2026 will be held on Feb 5 to strengthen the MADANI Economy narrative, ensuring inclusive and sustainable growth -- Economy Minister | |
PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) -- OPPO hari ini mengumumkan pelancaran siri Reno15 5G yang merangkumi Reno15 Pro 5G, Reno15 5G, dan Reno15 F 5G yang disasarkan kepada pencipta kandungan dengan keupayaan pengimejan dipertingkat, rangkaian ciri kecerdasan buatan (AI) serta prestasi bateri tahan lama.
OPPO memaklumkan siri Reno15 5G direka sebagai rakan kreatif serba boleh, dengan memperkenalkan Kamera Swafoto Ultra Lebar 50MP yang inovatif dengan kelengkapan sudut pandangan 100 darjah, membolehkan pengguna memuatkan seluruh kumpulan atau latar pemandangan luas serta melakukan rakaman dengan lebih mudah.
Siri itu mempunyai pelbagai peralatan berkuasa AI yang memudahkan keseluruhan aliran kerja penciptaan kandungan daripada rakaman video hingga suntingan, dengan kebanyakannya hanya menerusi satu ketikan.
Siri Reno15 5G menawarkan ketahanan yang mengagumkan apabila dilengkapi bateri sehingga 6,500mAh+ dan pengecasan 80W SUPERVOOC™ bagi memastikan pengguna boleh mencipta dan menikmati kandungan tanpa sebarang gangguan.
Menerusi ColorOS 16 dengan Trinity Engine Serba Baharu, siri itu menjamin pengalaman penggunaan kekal lancar dan pantas yang disokong dengan pensijilan Perlindungan Kelancaran 6-Tahun daripada OPPO.
Meneruskan reka bentuk ikonik siri Reno14 yang digemari ramai, siri Reno15 5G mendapat inspirasi melalui keindahan aurora yang mempesonakan, dengan Modul kamera Dynamic Stellar Ring melengkapkan gaya melalui kesan halo yang lembut pada bahagian belakang Kaca Arca Sekeping (one-piece sculpted glass).
Reno15 Pro 5G menawarkan paparan kompak 6.32 inci yang direka sesuai untuk penggunaan sebelah tangan manakala Reno15 5G dan Reno15 F 5G masing-masing memberikan keseimbangan ideal dengan skrin 120Hz bersaiz 6.59 inci dan 6.57 inci.
Selain itu, Kamera Potret Telefoto 50MP pada Reno15 Pro 5G dan Reno15 5G menggunakan lensa periskop dengan jarak fokus hampir sama dengan standard potret klasik 85mm manakala Reno15 Pro 5G dilengkapi Kamera Utama Ultra Jelas 200MP untuk kejelasan maksimum.
Siri Reno15 5G juga menampilkan AI Flash Photography 2.0 yang diperkukuh dengan sokongan pemprosesan pintar menerusi Reno Portrait Engine dan algoritma Skin Tone Improvement selain turut mempertingkat penyuntingan kreatif dengan pelbagai ciri inovatif seperti AI Portrait Glow, Popout dan AI Motion Photo Slow-Mo.
Dalam kebolehan merekod video, siri OPPO Reno15 5G dilengkapi 4K HDR Ultra-Steady Video, Dual-View Video dan Seamless Camera Switch membolehkan pencipta kandungan membuat rakaman dengan jelas, stabil dan pantas secara berterusan.
Selain itu, pengalaman pemain permainan mudah alih juga lebih baik dan stabil dengan Reno15 Pro 5G yang menggunakan platform MediaTek Dimensity 8450 yang dipertingkatkan dengan AI HyperBoost 2.0 selain ketersambungan rangkaian diperkukuh dengan AI LinkBoost 3.0 dengan model Pro mendapat kestabilan tambahan melalui cip SignalBoost Chip X1 untuk mengurangkan latensi permainan.
Siri OPPO Reno15 5G kini boleh didapati untuk pembelian melalui semua saluran rasmi dan pengedar sah OPPO Malaysia dengan Reno15 Pro 5G (12GB + 512GB) ditawarkan pada harga RM2,999, Reno15 5G RM2,399 (12GB + 512GB) dan RM1,999 (12GB + 256GB) manakala Reno15 F 5G RM1,599 (12GB + 256GB) dan RM1,499 (8GB + 256GB).
Sempena pelancaran itu, OPPO melanjutkan tawaran istimewa kepada pembeli Reno15 Pro 5G atau Reno15 5G mendapatkan OPPO Watch S pada harga RM99 sehingga 16 Jan selain pembelian secara pratempahan layak menerima hadiah percuma termasuk Superstar Ollie edisi terhad dan Jaminan Lanjutan Setahun.
-- BERNAMA
