MANILA, 7 Jan (Bernama-Xinhua) -- Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menurunkan magnitud gempa bumi luar pesisir yang melanda wilayah Davao Oriental di selatan Filipina pada pagi Rabu kepada 6.4 daripada 6.7 sebelum ini.
Dalam laporan seismik yang dikemas kini, institut itu memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada 11.02 pagi waktu tempatan pada kedalaman 23 kilometer (km), dengan pusat gempa terletak kira-kira 55 km dari bandar pesisir pantai Manay.
Gegaran dirasai di seluruh pulau itu serta beberapa wilayah di tengah Filipina.
Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan besar atau korban jiwa.
-- BERNAMA-XINHUA
