AM

FAHMI ZAHIR RASA SEDIH PEMERGIAN ISMA ALIFF

07/01/2026 03:29 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan rasa sedih atas pemergian penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Mohd Latiff Ismail yang meninggal dunia hari ini.

"Perginya seorang lagi penghibur yang pernah mewarnai dunia hiburan tanah air. Semoga keluarga Allahyarham sabar dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Latiff, 62, yang lebih dikenali dengan nama Isma Aliff, menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.30 pagi tadi di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, Selangor.

Berita kematian Allahyarham disahkan oleh adiknya, Shamsidah Ismail, 60.

-- BERNAMA 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan