DUNIA

GEMPA BUMI MAGNITUD 5.4 LANDA KEPULAUAN KURIL

12/01/2026 01:48 PM

BEIJING, 12 Jan (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi berukuran magnitud 5.4 melanda barat laut Kepulauan Kuril pada 0152 GMT Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

Pusat gempa pada kedalaman 404.9 kilometer itu pada awalnya ditentukan berada pada latitud 47.51 darjah utara dan longitud 147.45 darjah timur.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan