AM

METMALAYSIA KELUARKAN NASIHAT RIBUT TROPIKA NOKAEN

19/01/2026 10:20 AM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen yang dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur, kira-kira 479 kilometer (km) di timur laut Naga City, Filipina.

Kenyataan MetMalaysia hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi, ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Ribut itu berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah dan tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan