AM

ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MAJLIS SENATOR MALAYSIA

19/01/2026 08:32 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia Datuk Seri Khairudin E.S. Abd Samad di bangunan Parlimen, di sini.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata pertemuan itu, antara lain membincangkan peranan Majlis Senator dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan negara.

“Kami turut bertukar pandangan mengenai peranan strategik Majlis Senator dalam memastikan kualiti undang-undang negara terpelihara agar dasar Kerajaan MADANI dilaksanakan dengan kukuh dari sudut perundangan,” kata beliau.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan