KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Sentral Real Estate Investment Trust (REIT) Management Sdn Bhd (SRM), iaitu pengurus Sentral REIT, melantik Tay Hui Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa serta-merta, susulan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti.
Dalam satu kenyataan hari ini, Sentral REIT berkata pengalaman luas Tay dalam pengurusan pelaburan hartanah, pasaran modal dan kepimpinan strategik akan mengukuhkan lagi platform kumpulan dan menyokong pertumbuhan jangka panjang serta objektif penciptaan nilainya.
Katanya, Tay mempunyai pengalaman antarabangsa selama lebih 20 tahun merentasi Asia Pasifik dan Eropah.
“Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pengurusan Dana di LOGOS (ESR Group), menyelia pelbagai portfolio dana logisitk di seluruh Singapura, Vietnam dan Malaysia, dengan aset di bawah pengurusan kira-kira US$2.5 bilion (US$1=RM3.96).
“Tay merupakan Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales, serta memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) dari London School of Economics and Political Science," tambahnya.
-- BERNAMA
