KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas selama tiga hari di St Petersburg, Rusia bermula 25 Jan lepas.
Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo, St Petersburg pada 4.16 petang (waktu tempatan).
Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke St Petersburg adalah atas undangan khas Presiden Rusia Vladimir Putin, menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
