DUNIA

BURSA MALAYSIA KEKAL RENDAH PADA TENGAH HARI BERIKUTAN TEKANAN JUALAN

04/02/2026 02:28 PM

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum penurunan pada tengah hari berikutan aktiviti jualan yang berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan industri serta kaunter utiliti.

Public Bank turun 5.0 sen kepada RM4.90, Petronas Chemicals merosot 9.0 sen kepada RM3.19 dan YTL Power International berkurangan 6.0 sen kepada RM3.22, kaunter-kaunter ini telah mengheret turun indeks komposit dengan gabungan sebanyak 3.85 mata.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.11 peratus atau 1.83 mata kepada 1,746.43 berbanding 1,748.26 ketika ditutup semalam.

Indeks barometer dibuka rendah 1.84 mata kepada 1,746.42, bergerak antara 1,741.32 dan 1,751.22 sepanjang sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 568 berbanding 360 manakala 510 kaunter tidak berubah, 1,197 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.35 bilion saham bernilai RM1.25 bilion.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata selepas FBM KLCI ditutup lebih tinggi semalam berikutan pengumpulan saham mewah dan minat belian yang stabil, sebarang penyatuan jangka pendek berkemungkinan bersifat sementara.

“Sentimen keseluruhan juga dijangka kekal positif, oleh itu kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,740-1,760 hari ini,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Axiata Group turun 4.0 sen kepada RM2.43, YTL Corporation merosot 3.0 sen kepada RM2.05 dan Telekom Malaysia susut 9.0 sen kepada RM7.95, manakala Maybank menambah 10 sen kepada RM12.04 dan IHH Healthcare naik 12 sen kepada RM9.00.

Bagi saham paling aktif, Pharmaniaga dan Capital A meningkat setengah sen masing-masing kepada 33 sen dan 60 sen dan Tanco melonjak satu sen kepada RM1.34, manakala Bina Puri Holdings berkurangan 0.5 sen kepada 29.5 sen dan Dagang NeXchange menguncup 1.0 sen kepada 29 sen.  

Kaunter paling untung menyaksikan United Plantations menokok 60 sen kepada 29.78, Dutch Lady Milk Industries menambah 20 sen kepada RM33.48, Allianz Malaysia melonjak 14 sen kepada RM22.42, Guocoland (Malaysia) menambah 11.5 sen kepada RM1.05 dan Westports Holdings naik 10 sen kepada RM5.98. 

Malaysian Pacific Industries mendahului kaunter paling rugi, turun 46 sen kepada RM32.60, Fraser & Neave menguncup 40 sen kepada RM34.40, Petronas Dagangan susut 20 sen kepada RM20.12, Nestle berkurangan 20 sen kepada RM112 dan Pentamaster Corporation merosot 13 sen kepada RM3.19.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 berkurangan 9.65 mata kepada 12,587.67, Indeks FBM Emas merosot 11.50 mata kepada 12,764.91, Indeks FBM Emas Shariah susut 16.65 mata kepada 12,280.92, Indeks FBM ACE berkurangan 23.73 mata kepada 4,683.32 manakala Indeks FBM 70 naik 2.46 mata kepada 17,480.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.76 mata kepada 21,538.21, Indeks Perladangan menambah 14.39 mata kepada 8,387.44, Indeks Tenaga menokok 1.35 mata kepada 751.43 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.92 mata kepada 176.52.

-- BERNAMA 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan