KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi bursa serantau yang menggalakkan dan disokong oleh sentimen positif selepas kenaikan semalaman Wall Street yang kukuh.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.07 mata atau 0.87 peratus kepada 1,747.90 daripada 1,732.83 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks dibuka tinggi 11.91 mata kepada 1,744.74 dan turun naik antara 1,736.32 dan 1,750.02 pada sesi dagangan pagi.
Pasaran secara menyeluruh positif, dengan 694 kaunter untung mengatasi 318 kaunter rugi. Sebanyak 465 kaunter tidak berubah, 1,186 kekal tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.83 bilion unit bernilai RM1.30 bilion.
FBM KLCI dijangka meneruskan peningkatan semula daripada 1,719, didorong oleh US Dow Jones Industrial Average dan kenaikan Nikkei 225 Jepun, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).
“Bagaimanapun, momentum kenaikan dijangka dikekang oleh paras halangan jangka pendek antara 1,755 dan 1,772 didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang cuti Tahun Baharu Cina dan musim pengumuman keputusan kewangan pada bulan ini.
“Ini seiring dengan ketidaktentuan dalam pasaran global berikutan langkah menghindari risiko yang meningkat dan ketidaktentuan luaran yang terus mengehadkan kesediaan untuk mengambil risiko,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd dan Public Bank Bhd, masing-masing meningkat empat sen kepada RM11.98 dan RM5.01, CIMB Group Holdings Bhd naik 12 sen kepada RM8.58, Tenaga Nasional Bhd menambah 14 sen kepada RM14.08 dan IHH Healthcare Bhd menokok 13 sen kepada RM8.93.
Dalam senarai paling aktif, Zetrix AI Bhd naik 9.5 sen kepada 78 sen, MMAG Holdings Bhd meningkat setengah sen kepada 5.5 sen, Ambest Group Bhd menambah 1.5 sen kepada 36 sen, Capital A Bhd menokok dua sen kepada 59 sen dan Tanco Holdings Bhd naik tiga sen kepada RM1.36.
Kaunter paling untung termasuklah Fraser & Neave Holdings Bhd, naik 94 sen kepada RM33.88; United Plantations Bhd meningkat 70 sen kepada RM29.70; Allianz Malaysia Bhd menambah 56 sen kepada RM22.76; Hong Leong Industries Bhd menokok 46 sen kepada RM17.30 dan Dutch Lady Milk Industries Bhd naik 48 sen kepada RM33.48.
Kaunter paling rugi ialah Nestlé (Malaysia) Bhd merosot 50 sen kepada RM111.80; Hong Leong Financial Group Bhd berkurangan 18 sen kepada RM22.38 serta United Malacca Bhd dan Dayang Enterprise Holdings Bhd, masing-masing menurun lima sen kepada RM5.85 dan RM1.70.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 naik 121.41 mata kepada 12,592.40, Indeks FBM Emas meningkat 121.89 mata kepada 12,761.58, Indeks FBM Mid 70 menambah 226.26 mata kepada 17,460.38, Indeks FBM Emas Shariah menokok 136.81 mata kepada 12,242.30 dan Indeks FBM ACE menambah 76.62 mata kepada 4,707.41.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 144.46 mata kepada 21,621.40, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 2.72 mata kepada 176.19, Indeks Perladangan menambah 17.77 mata kepada 8,341.40 dan Indeks Tenaga menokok 4.16 mata kepada 743.17.
-- BERNAMA
