IPOH, 14 Feb (Bernama) -- Seramai 754 individu termasuk warga asing di seluruh negara dikenal pasti melakukan kesalahan membuang sampah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) setakat hari ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata daripada jumlah itu, seramai 478 individu akan didakwa di mahkamah sejak penguatkuasaan akta bermula 1 Jan lepas.
Beliau berkata seramai 15 pesalah yang telah dijatuhi hukuman mahkamah sudah memulakan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) bermula semalam.
“Mereka telah dihukum dan diarahkan menyapu sampah, mencuci longkang serta tandas selama empat jam, yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Kasih MADANI Parlimen Tambun sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Choy, di sini, hari ini.
-- BERNAMA
