POLITIK

BEBERAPA JALAN DI GEORGE TOWN DITUTUP SEMPENA "MIAOHUI"

14/02/2026 08:14 PM

GEORGE TOWN, 14 Feb (Bernama) -- Beberapa jalan di sekitar Bandaraya George Town akan ditutup secara berfasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina (Miaohui) Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Majlis Klan Cina Pulau Pinang dan Persatuan Pewaris Budaya Pulau Pinang.

Menurut hantaran di Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), penutupan jalan bermula semalam dengan laluan pertama melibatkan kawasan Lebuh King dari Lebuh Bishop  ke Lebuh Light, bermula 11.59 malam Jumaat sehingga 6.59 petang 20 Feb bagi tujuan pembinaan pentas di persimpangan Lebuh Light/Lebuh King.

MBPP memaklumkan, penutupan seterusnya melibatkan jalan berikut:

Lebuh King (Lebuh Light – Lebuh Pasar)

  • Lebuh King (Lebuh Pasar – Lebuh Chulia)

  • Lebuh Penang (Lebuh Union – Lebuh Pasar)

  • Lebih Bishop (Jalan Masjid Kapitan Keling – Lebuh Pantai)

  • Lebuh China (Jalan Masjid Kapitan Keling – Lebuh Pantai)

  • Lorong Pitt, Lebuh Ah Quee, Lorong Soo Hong

  • Lebuh Cannon (Jalan Kampung Kolam – Lebuh Acheh)

  •          Lebuh Armenian         

  • Penutupan bagi kesemua jalan ini dijadualkan bermula 7 malam 20 Feb hingga 1.59 petang 21 Feb (Sabtu).

    Selain itu, MBPP turut memaklumkan penutupan jalan Lebuh Chulia (Jalan Masjid Kapitan Keling – Lebuh Pantai) dan Gat Lebuh Chulia (Lebuh Victoria – Lebuh Pantai) bermula 2 petang hingga 11.59 malam 21 Feb.

    Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif. MBPP turut menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa program berlangsung.

    -- BERNAMA

     


     

    © 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan