DUNIA

ANDREW MOUNTBATTEN-WINDSOR TINGGALKAN BALAI POLIS SELEPAS DITAHAN

20/02/2026 03:32 PM

LONDON, 20 Feb (Bernama-PA Media/dpa) -- Andrew Mountbatten-Windsor dilihat meninggalkan sebuah balai polis selepas ditahan kerana disyaki melakukan salah laku dalam jawatan awam berhubung hubungannya dengan pembiaya pedofilia Jeffrey Epstein, lapor PA Media/dpa.

Bekas putera itu dituduh berkongsi maklumat sensitif dengan Epstein ketika berkhidmat sebagai utusan perdagangan United Kingdom (UK).

Andrew dirakam dalam keadaan bersandar di tempat duduk belakang sebuah kenderaan pada Khamis malam ketika meninggalkan balai polis di Norfolk.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan