SEREMBAN, 21 Feb (Bernama) -- Wanita yang dipercayai menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol di sini semalam, direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata perintah reman terhadap wanita dalam lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah susulan suspek mengalami masalah kesihatan.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Muhammad Mustafah mengesahkan seorang wanita dalam lingkungan 80-an cedera dipercayai ditikam dengan alat pembuka tin oleh anak kandungnya yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.
Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung pergaduhan di sebuah rumah di kampung itu pada 7.08 malam.
-- BERNAMA
