AM

JUMLAH MANGSA BANJIR DI SABAH MENURUN MALAM INI

23/02/2026 10:06 PM

KOTA KINABALU, 23 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah yang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas menurun kepada  5,017 orang malam ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu menunjukan sedikit penurunan berbanding 5,036 orang petang tadi.

“Jumlah mangsa banjir di Pitas mencatatkan 2,701 orang malam ini berbanding 2,720 orang petang tadi," menurut kenyataan itu.

Mangsa banjir di Paitan pula kekal 2,071 orang manakala Tawau 245 orang.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan