DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI MENINGKAT PADA AWAL DAGANGAN

25/02/2026 10:33 AM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat dalam dagangan awal pada Rabu.

Pada 9.35 pagi ini, kontrak Februari 2026 naik 1.5 mata kepada 1,753.0, kontrak Mac 2026 menokok satu mata kepada 1,728.5, kontrak Jun 2026 meningkat 1.5 mata kepada 1,733.0 manakala kontrak September 2026 kekal tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 7,117 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 60,155 kontrak.

Dalam pada itu, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 6.86 mata kepada 1,747.15 selepas 39 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutupan semalam pada 1,754.01.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan