AM

MUSTAPHA UCAP TAHNIAH KEPADA KHALIDI DILANTIK MUFTI SARAWAK

02/03/2026 01:39 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud mengucapkan tahniah kepada Datu Khalidi Ibrahim atas pelantikan sebagai Mufti Negeri Sarawak yang baharu.

Datu Khalidi dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa semalam, menggantikan Datu Kipli Yassin yang menamatkan perkhidmatan selepas 16 tahun menerajui institusi keagamaan di Sarawak.  

“Semoga Allah SWT mengurniakan kebijaksanaan, keteguhan iman dan kekuatan dalam memimpin ummah ke arah kesejahteraan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, keadilan dan perpaduan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Datu Khalidi sebelum ini berkhidmat sebagai Pakar Rujuk Syariah di Jabatan Mufti Sarawak.

-- BERNAMA 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan