AM

PM ANWAR SANTUNI WARGA KPKM PADA PROGRAM IHYA’ RAMADAN

05/03/2026 03:04 PM

PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni kira-kira 350 warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Program Ihya’ Ramadan di sini, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri di lobi Wisma Tani pada 11.45 pagi itu disambut oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta barisan pengurusan tertinggi KPKM dan warga kementerian. 

Sejurus tiba, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pengurusan Tertinggi KPKM.

Perdana Menteri kemudian bersama-sama pengurusan tertinggi dan warga KPKM mendengar tazkirah khas bertajuk “Ramadan Bulan Kesyukuran” yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil.

Sejurus selepas itu, Anwar menunaikan solat Zohor berjemaah bersama warga KPKM.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan